14 April 2017

Movie Review: Fast and Furious 8


Tengahari tadi aku dengan Farhana pi tengok wayang kat Jusco Kinta sebab dah bosan sangat duduk dalam bilik. Wifi kat kamsis memang laju sebab ramai budak dah balik tapi tu lah ada wifi pun still mereputs. Scroll tuiter, instagram, ws semua mati kutu aku. Dah aku update ni bukan nak kongsi kesedihan aku kena tinggal kat poli ni hahah.

Nak tanya siapa yang layan cerita Fast and Furious ni dari first movie sampailah movie kelapan ni? Sayaaaa! Haa dah berapa tahun cerita ni. Tak taulah bila nak habehnya haha. Overall cerita superb gempak. Banyak adegan menarik, klakor (part Roman of course and part Ejen Hobbs) Aku taknak spoilkan mood anyone yang tak tengok lagi ahaha. Kome kena tengok cerita ni kat wayang sebab dia punya sound effect padu beb. Jangan risau pelakon lama adalagi cam Dom Toretto (of courselah dia ada sebab dia main character kahkah), Letty, Ejen Hobbs, Roman, Tej, Ramsey, Elena. Aku taknak sembang panjang lagi kome pi le tengok sendiri cerita ni.

Done for Semester 2


Gila tak lama aku tak update blog hahaha lepas habis finals baru aku update hahaha maafkan saya gais. Saya terlalu sibuk dengan finals serta training taekwondo uhuks. Exam aku baru je habis 2 hari lepas dan ramai classmates telah pulang ke kampung halaman dan aku je still terperuk kat poli lagi ni haa sebab 21/4-23/4 aku ada tournament taekwondo. Lepas habis cuti sampailah 19/4 schedule aku penuh dengan training. Aku masa kategory flyweight nanti sebab berat aku 49 hehe. Goodluck dearself luls. Sebak gak ah tengok member tarik beg roda balik sobsob. Nasib baik dalam bilik ni ada Farhana dia pun join tournament ni. Doakan kami dapat pingat dalam game nanti! Disini aku kepilkan gambar class bersama untuk mengubati rindu selama 2 bulan nanti *batuk*