27 January 2016

Review: Dilwale



Aku sorang je ke yang lambat tengok cerita Dilwale ni :') Hahaha baru petang tadi aku sempat tengok huhu aku sibuk mengalahkan orang bekerja. Aku usha orang tweet cerita ni best aku pun tengoklah. Aku tengok cerita ni ditemani rakanku yang ku kenali since sekolah rendah (amboi kemain ayat) First time aku drive bawak kereta siap ada kawan disebelah hahaha. Aku mana pernah keluar bawak kereta dgn kawan before ni pun dengan mak terchinta jaa :)

Aku still takleh move on lagi daripada cerita ni huhu. Aku tangkap leleh doh part si Kajol tinggalkan SRK ni :( Serious ah Kajol lawo woh. SRK pun ya rabbi encemnyaaa. Kalau korang tengok mata aku dah ada love love dah kahkah. Lagu Janam Janam punya dah melekat kat jiwa dan ragaku. Kahkah selalu dengar dalam radio je. Terasa jugaklah cam nak menari kat depan time lagu Janam Janam dengan Gerua tu hahaha. Pastu part first time diaorang jumpa yang si SRK terlanggar Kajol sumpah sweet sampailah klimaks dia si Kajol buat spoil permainkan perasaan SRK ni. Ada part lawak cam scene Ramlal dengan Pogo (kalau tak silaplah nama) Sumpah time scene tu ngekek aku dengan kawan aku. Nasib baik tak ramai orang kat dalam panggung tu hewhew. Aku taknak cerita pepanjang sebab nanti tak surprise kepada orang yang belum tengok lagi kahkah!
So far cerita ni bestlah jugak. Aku kasi 4/5. Anyone dah tengok? Korang kasi berapa bintang yaa? Hehehe


2 comments:

  1. Dah tengok dah tapi jalan cerita kurang best lah. Try tengok bajrangi bhaijaan, cerita tu best

    ReplyDelete
  2. dah tngok jugak. jalan cite biasa2 je tapi tak rugi la beli tiket wayang tu XD

    ReplyDelete