07 March 2016

Result SPM 2015


 Result spm baru je keluar 3 hari yang lepaskan? Even dah 3 hari yang lepas orang still akan tanya "result macam mana? Ok ke?" Huhu dulu gais. Hahah ok alhamdulillah result aku agak bagus (ceh) Before this aku taknak target apa apa takut nanti sedih tak dapat apa yang ditargetkan. Takut jadi cam PMR dulu huksss. 2,3 hari before ambil result tu memang hati rasa tak tenteram. Aku perbanyakkan solat hajat, baca yaasin untuk tenangkan hati. Kat tuiter penuh dengan #spm2015 lagilah cuak siot. Ok mari aku pendekkan dulu cerita time aku ambil keputusan spm.

Memula datang dengan mak, adik. Pastu bila aku jumpa kawan sekelas. Masing masing muka dah cuak tahap gaban. Pengetua kasi ucapan cakap gred menurun dan lain lain. Pastu nama pelajar straight A's dan ambik gambar. Haa lepastu cikgu cakap "Ok ibu bapa dan pelajar boleh mengambil keputusan spm mengikut kelas masing masing." Ya Allah berderau darah. Aku taknak jadi orang first ambil slip keputusan. Aku pun beraturlah dengan Rose, Filzah. Kawan sekelas aku ekspresi muka susah aku nak describe antara duka atau bahagia. Turn aku, Rose, Filzah. Kami ambik result sendiri tanpa mak ayah. Mak aku kat belakang dengan mak Rose. Memula Rose dapat result. Ok result dia. Pastu turn aku. Pergh bila aku tengok result aku..... Aku menangis! Menangis sebab happy! Benda aku tak expect jadi kenyataan. Time tu jugak aku panggil mak aku. Aku check slip aku banyak kali betulke slip aku ni?! Aku tak dapat tahan air mata aku. Aku cakap kat mak aku "Mak akaun dengan maths A mak!" Aaaa that feeling. Aku tak peduli orang usha aku nangeh. Lepastu aku lap air mata aku, cikgu suruh aku check sijil semua dan tandatangan. 

Lepas settle check sijil semua aku cari cikgu akaun, bm. Aku nak cakap terima kasih tapi malangnya aku tak jumpa mereka hm. Pastu aku ucap tahniah dekat kawan aku semua. Even ada yang tak banyak A aku cakap kat dia rezeki ada dimana mana je weh. Pastu dalam kereta aku tak dapat tahan air mata aku sekali lagi aku nangis. Aku tak caya result maths dengan akaun dapat A. Before this susah nak score B dalam maths, acc apatah lagi A. Rezeki Allah :) Korang mesti tertanya result aku berapakan? Hahaha aku cakap result yang ok je. Aku dapat 6A (aku share mana yang ok jangan tanya yang lain terutama addmaths) BM, BI, Sej, Agama, Maths dan Akaun dapat A.

Sekarang ni aku kena ubah balik pilihan aku kat upu. Hm even aku minat dalam farmasi nak buat macam mana kalau aku takde kelayakan. So aku decide nak ambil akauntasi. Korang semua nak ambil apa? Jomlah share kalau sudi hahaha :') Kalau korang nak semak kelayakan boleh pergi http://imascu.upu.mohe.gov.my/

Jangan sedih kepada sesiapa yang result dia teruk. Rezeki Allah meluas :)

5 comments:

  1. tahniah dpr result cemerlang! selamat melangkah ke alam universiti, buat pilihan yg tepat tau :)

    ReplyDelete
  2. heya,, tahniah dpt result bagus.. buat keputusan bebetul masa apply upu tuh.. hehee

    ReplyDelete
  3. tahniah..yeayy ;)
    Amek laa akaun..nnt kita geng ;)

    ReplyDelete
  4. tahniah laaaa ye :) semoga terus berjaya :3

    ReplyDelete