14 May 2016

Minggu Orientasi F6


Jumaat lepas baru habis minggu orientasi. Sekolah aku buat majlis penutup orientasi f6. Dah 8 hari berada di sekolah. 8 hari jumpa kawan baru. 8 hari jugak kena adapt dengan persekitaran sekolah (ceh padahal dah 5 tahun aku sekolah rps tu) Isnin depan result upu keluar so tawakkal jelah gais dapat course mahupun tempat di mana mana sahaja :') Ok meh aku ceritakan tentang minggu orientasi di rps terchenta :p

Hari kedua orientasi kami ada treasure hunt. Jenuh kena pusing satu sekolah nak cari clue. Memang dalam satu group daripada pelbagai sekolah Rps, AMC dengan PGS. Mostly banyak dak cina. Melayu pun cuma 4 je itupun nasib baik member rps gak huhu. Alhamdulillah even kitaorang tak kenal each other sangat tapi diaorang kasi kerjasama fuh padu. Even kami terpaksa ke hulu hilir mencari tempat diaorang tak mengeluh. Cina kan ada yang tak tahan panas ke pusing satu sekolah :') Jangan kata aku racist pulak... Overall memang best ah sebab ada dak cina yang sekepala masuk air xD

Hari ketiga, keempat dan seterusnya ada taklimat pelajaran macam Pengajian Am, Perakaunan, Ekonomi, BM, Sejarah, Maths M, Pengajian Perniagaan dan lain lain. Memang bosan jugak dan aku pun apalagi menulis puisi ah di dalam kebisingan orang ramai (acah nak jadi cam rangga) pastu aku baca novel Fixi hehe.

Hari Rabu lepas kitaorang masuk dalam kelas masing masing mengikut jurusan. Memang kelas aku ramai. Sumpah ramai daripada kelas lain. Aku ambil kelas perakaunan. Dak cina ada 34, dak melayu ada 3, 1 dak india :') Majority dak cina ambil akaun. Fuh tercabar aku kahkah. Tapi lepasni kelas kena reshuffle balik sebab ada yang nak pindah sekolah, masuk Ipta semua. Alhamdulillah gak member kelas aku supporting gila terutama deme excited nak dengar cerita hantu hahaha. Berkerumun satu meja aku bersemangat betul nak dengar :D Kenkadang aku tak faham gak apa diaorang sembang sebab diaorang sembang dalam bahasa cina. Aku pun buat haah jelah pura pura faham kahkah. Kalau aku sambung f6 kat rps tak mustahil aku belajar bahasa cina untuk memudahkan kami berkomunikasi dan bergosip kahkah! Apapun kita lek lu tunggu result upu yang menyeksakan uhuks.

Hari Jumaat majlis penutup orientasi f6. Setiap sekolah kena wakil buat persembahan. Aku pun turut terlibat menyumbangkan tenaga (pls puji aku baik) Sekolah aku wakil nyanyi lagu Standing In The Eyes dan Gemilang. Nasib baik semuanya berjalan lancar. Memang pada mulanya terketaq ketaq kat atas stage tu haa tapi lama lama cam ala lek ah everything's gonna be alright :) Oklah panjang pulak malam ni bercerita hehe bye!

No comments:

Post a Comment