16 September 2016

Semester 1


Sorry sejak kebelakangan ni aku dah jarang hupdate T.T Busy memanjang dengan assignment, presentation, quiz dengan test lagi. Lepasni bulan 10 final exam sem 1 huwaaa. Ahad ni aku dah kena balik kamsis huhu. So nak balik rumah lepasni bila habis final exam je. Tak sangka aku dah nak habis sem 1 dah nak masuk sem 2 pulak. Time flies so fast~ Takpelah ada masa sikit ni aku nak cerita life aku kat poli hehe.

Classmates: Dalam kelas aku ada 27 pelajar. Jangan tanyalah deme orang mana. Semuanya daripada serata Malaysia. Orang Sabah pun ada gak. Yang duduk ipoh cuma 5 orang je termasuk aku. Memula kenal memang tak rapat. Lama lama alhamdulillah semua boleh masuk otaknya >.< Aku suka life aku sekarang berbanding time f6 dulu (sis tak kata f6 tak best ok) Lecturer pun semua okay. Bila ko masuk universiti ke poli ke ko jangan percaya perangai mula mula classmates ko. Memula tunjuk baik, acah pemalu tapi bila dah lama kenal subhanaAllah... Annoying nak mampuih baik lelaki mahupun perempuan. Ceit. Tapi nak buat acane hadap jelah muka deme selama 3 tahun kahkahkah.

Roommates: Aku bersyukur sangat dapat roommates yang tak banyak buat hal hahaha. Dalm bilik aku ada 6 orang. Aku sorang je duduk ipoh, Farhana, Lina dengan Athirah orang Kedah, Elly dok Tganu dan Kak Abi orang Melaka. Semua lain lain course. Aku (dip kejuruteraan awam) Farhana, Lina, Kak Abi (dip geomatik), Athirah (dip elektrik dan komunikasi) dan Elly (dip seni bina). 5 orang jabatan kejuruteraan awam sorang lagi jabatan kejuruteraan elektrik. So kalau bilik kami ada masalah lampu terbakor memang athirahla tukang repairnya budak elektrik kan hahaha. Kitaorang takde masalah nak berkomunikasi even kenkadang diaorang ada cakap guna dialek negeri mereka sendiri. Yang paling aku sayang roommates aku ni bila aku ada class pastu aku terbangun lambat diaoranglah tukang gerakkan aku bangun tidur dengan gerakkan aku time nak solat subuh. Aku harap next sem aku dapat sebilik dengan mereka lagi. Mereka dah cukup masak dengan perangai aku huhu.

Pelajaran: Course aku ni aku belajar civil materials, lukisan kejuruteraan/autocad, communicative english, engineering sc, engineering maths, pengajian malaysia dengan OSHA. Aku paling nyampah bila lukisan kejuruteraan. Ko imagine kena bawak beg lk yang besar gedabak daripada kamsis ke kelas. Dahla jauh berbatu batu gais T.T Nasib baik sem 1 je belajar lk yay (luls) OSHA subjek paling mengantuk selepas pengajian malaysia (jangan tanya aku kenapa sebab subjek pm ni sepupu sepapat dengan subjek sejarah) Apa yang aku gerun sekarang engineering sc. Aku dahla basic physicks takdo. So memang kena pulun habis ah! Takpe itulah dinamakan cabaran huhu. Sis redho.

Tak sabor nak grads! (Sem 1 pun tak lepaih lagi cis)

No comments:

Post a Comment