17 November 2016

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE (DAY 1)

Assalamualaikum and hello peeps! Tadi time aku tengah blogwalking blog orang tetiba aku ternampak satu entry tentang 7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE by Sis Rii. Tengok tajuk pun menarik perhatian aku so aku decide aku nak join challenge ni. Niat di hati nak tulis entry tapi takde idea so untuk mengisi kekosongan di blog (acewah) marilah kita join challenge ni. Okay lets start!

Day 1 - 5 Facts About Yourself 

Girls School
Since aku sekolah rendah sampailah f6 (separuh jalan hewhew) aku ni sekolah perempuan je tak campur dengan lelaki. Aku berkawan dengan budak lelaki pun kat tuisyen je. So sesiapa yang sekolah sejenis je mesti taukan macam mana perasaannya hahaha. Kalau ada cikgu lelaki praktikal yang emcem je dah confirm mesti ada member dah cop dulu (betul ini fakta). Lagipun tak ramai cikgu lelaki kalau mengajar kat sekolah perempuan. Yelah sekolah perempuan ni nak cuci mata tengok sapa je huhu. Then, kalau sekolah perempuan ni ko nak jerit ke kejar sana sini ke tak kesah sebab yelah sekolah perempuan bukannya campur hehe.

Food Hunting
Hah yang ni kalau ajak roommate aku best. Roommates aku paling laju kalau aku ajak keluar even though ajak pi taman cepaka je pun hahaha. Duduk asrama bosan lagi lagi hadap makanan yang sama kat cafe. Tu belum lagi time malam. Bila malam semua perut cam meminta isi padahal pukul 8 tadi dah makan (dasar perut dugong betul) Kalau roommates aku baca mampuih aku hahaha. Kat bilik kitaorang saling bertukar makanan terutamanya maggi. Kalau dah malas nak keluar tapi still nak makanan luar cam fast food apalagi kami pun call ah delivery. Pastu semua tunggu depan phone nak tunggu abang delivery call balik cakap makanan dah sampai kahkah.

Drama/Movie
Kalau hujung minggu dah pokai malas nak keluar aku pun jenis kaki movie or drama. Dari tengahari sampailah malam tu pun berhenti kejap nak makan dengan solat. Macam haritu cerita W-Two Worlds fuhlamak esok ada kelas pagi malam tu nak habiskan semua episod (dasar tak sedar diri sungguh). Kenkadang aku dengan roommates suka keluar tengok wayang guna student card je dapatlah half price uhuks. 

Travelling
Kalau dok terperap dalam bilik je dok layan movie, makan tidur pun tak baguih. Kalau ada duit lebih pergilah bercuti atau hangout bersama roommates or classmates tersayang. Time hari merdeka haritu aku dengan classmates, roommates pi Lumut. Sewa kereta axia satu hari hah jalanlah sepuas hati kome. Duit minyak sharelah. Time buat dokumentari untuk Pengajian Msia pun kitaorang sewa kereta pi Kellies Castle, Pekan Ipoh, Gua Tempurung. 


Friendly
Aku jenis suka senyum kat orang even strangers sekalipun. Takkanlah nak jeling, masam muka walaupun tak kenal? Ye dok. Aku pun jenis senang nak berkawan sebab sikapku yang ramah hehe. Time dalam class selalu aku tanya nama sapa, duduk mana, orang mana. Kenkadang kalau dah ramah sampaikan susah nak stop bercakap. Uish. Kawan aku semua pun kata mak aku friendly (well tak kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Acewah) So jangan takut takut nak tegur aku kalau terjumpa di luar hehehe. 


2 comments:

  1. Apakah ini? Sakit perut teman membacanya . nnti next entry crita psal teman . hahahahahahahahahaahahahhaha 😂😂

    ReplyDelete