19 November 2016

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE (DAY 2)

Okay next challenge is Movie Review! Hah yang ni rambang mata pulak aku nak pilih hahaha. Okay makanya aku sebulat suara memilih cerita Runaway untuk direview muahehehe. 


Image result


Cerita Runaway ni cerita Indonesia. Aku ni jarang tengok cerita or movie Indonesia kecuali kalau ada cowok cowok yang ganteng! (dah start miang). Okay cerita ni Ahmad Al Ghazali dengan Tatjana Saphira berlakon. Deme berdua ni hero dengan heroin dalam cerita ini. Cerita ni sudah semestinya tentang cinta. 

Sinopsis cerita ni Tala (Tatjana Saphira) tinggal bersama ibu dan pakciknya Toni, di Hong Kong. Ibu Tala ni sakit paru paru. Mereka tidak dapat pulang kerana passport mereka bermasalah. Akhirnya Tala mengikuti jejak pakciknya Toni judi dan mabuk, untuk menjadi pencuri di jalanan. Ketika Tala mencuri dompet dan passport milik Musa (Al Ghazali), anak lelaki tunggal dari seorang pengusaha yang berniat melebarkan sayap bisnes kewangannya di Hong Kong. Kejadian itu menjadi awal dari pertemuan Tala dan Musa, yang terjebak dan sentiasa berusaha lari dari masalah mereka. Bagi Musa, Tala adalah jawapan dari semua kebosanan dan kemarahannya pada Ayah. Sebaliknya, Tala melihat Musa adalah jalan keluar dari semua kesulitan hidupnya di negeri asing ini. Akhirnya, cinta mula berputik diantara mereka. Tala menyedari bahawa hubungannya dengan Musa, tidak nyata adanya. Mereka berasal dari dua dunia yang berbeza. Namun, kali ini mereka tidak tahu lagi harus lari ke mana.

 Hah kalau korang nak tau si Ahmad Al Ghazali ni sebenarnya anak Ahmad Dhani. Dulu dialah nyanyi lagu Aku Bukanlah Superman. Dah besar panjang dia pastu encem pulak! Korang tengoklah cerita ni sebab endingnya sedih sobsob. Takmo citer pasal ending kang tak surprise hahaha. Okay till I post for the next challenge! 

2 comments:

  1. Macam baru kelmarin lagu aku bukan superman masih terngiang-ngiang di tlinga. Dah besar panjang ganteng pulak tu. Rasa makin tua pula diri ini. Haha.

    ReplyDelete
  2. nice sharing. singgah dan follow awak :)

    ReplyDelete