09 November 2016

Goodluck SPM2016




Okay sekarang musim spm batch 99. Dah setahun berlalu since aku habeh spm 2015. So tak terlambat lagi rasanya untuk aku nak ucapkan goodluck espiyem batch 99. Mohon anda semua tabah dengan soalan kbat yang bakal menjelma ngehngeh :p Aku tetiba rasa nak throwback kenangan time aku ambil spm tahun lepas. Tempat duduk haruslah mengikut angka giliran dan time tu aku dapat duduk tepi tingkap. So senang aku nak cari idea sambil sambil merenung ke luar jendela. Kalau duduk barisan tengah agak susah nak pandang kiri kanan kalau tak kena tangkap dengan pengawas peperiksaan sebab meniru hewhew. 

Bahasa Melayu. Time ni memang aku study bagai nak rak sampai rak patah (hingat klakor ke) Aku dok pulun baca nilai murni ah, pengajaran, persoalan, watak perwatakan sampaikan nak mandi, tidur dok hafal benda ni doplohpatjam (pls jangan terpedaya) Alih alih soalan perwatakan yang keluar. Memang laju je aku menulis tak pandang kiri kanan. Tapi kalau bab komsas ni cuma fahamkan jalan cerita pun cukup. Dengar cerita tahun ni masuk latar masa. Ye idok? (smirk face kahkah)

English. Yang ni pun sama je cam subjek BM. Novel wajiblah baca kalau tak terngango ko nak jawab soalannya. Time ni aku paling bersemangat sebab essay time tu senang senang belako. Aku pilih soalan what makes you happy. Wah dengan happynya saya menulis karangan.

Mathematics. Hakak nak pesan janganlah last mins baru nak rajin buat latihan maths. Cam aku lagi sebulan nak spm baru pulun nak buat latihan sampaikan lagi 2 minggu nak exam aku beli buku lagi kat popular and mak pun tak caya aku boleh habiskan buku tu dengan cepat hehe. 

Biology. Fuh dulu cita cita aku nak jadi doktor gigilah, ahli farmasi lah bila tengok soalan bio hmm hampeh. Hanya mampu berhuhu jele nak jadi doktor ke ahli farmasi. Bio ni kena kuat menghafal. Kalau nak lagi faham buatlah mind map warna warni, dalam bentuk lukisan. Aku nyesal dulu tak buat leklok bio hahaha. Time spm dulu mostly keluar soalan pasal tumbuhan. Aku mana suka bab tumbuhan bagai ni. Takpe sis redho.

Chemistry. Aku paling suka subjek chemist! Kita boleh buat macam macam experiment. Paling suka periodic table dengan chapter salt. Even though bab salt ni complicated tapi bila cikgu ajar aku suka. Aku suka buat equation tapi nak balancekan equation... Hmm ambik masa. 

Prinsip Perakaunan. Time f4 aku cam amendelah aku hambek akaun ni. Tapi bila naik f5 tetiba kesedaran bermula.. Hahaha barulah muncul perasaan suka akan akaun. Tak terlambat lagilah aku kan haha. Mak hantarkan aku tuisyen akaun dan takkanlah aku nak dapat result acc yang hanya cukup cukup makan je? Kesian mak aku susah payah hantar tuisyen. Tapi alhamdulillah result spm haritu Akaun dapat A-

Additional Mathematics. Sapa je minat add maths? (Ok aku tau ada gak yang minat tapi tak ramai) AKu ingat lagi add maths aku fokus bab yang ada graph dengan function je. Yang lain bolehla kelaut rasanya. Aku tak rajin sangat buat latihan add maths (jgn contohi aku) Tapi alhamdulillah time spm aku lulus gak hehe.

Bila aku ingat balik kenangan aku time spm tetiba rasa rindu sekolah. Aku rindu suasana sekolah.Ramai yang tak sabar nak masuk ipta tapi tak semua tahu kat ipta hidup bukannya selalu indah (acewah) Aku bukan nak takutkan korang. Tapi still best kalau kita boleh adapt dengan persekitaran baru kat ipta. Again, goodluck for spm gais! Allah yuftah alaikum!

4 comments:

  1. Wahh.. tiba2 ja ter'throw back memories SPM,, ada jugalah menyesal sbb tak belajar sungguh2 time SPM.. huhu apapun Alhamdulillah SPM lulus juga walau tak cemerlang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan ada jugaklah sedikit penyesalan tak belajar leklok. Takpe kita boleh berusaha daripada sekarang! ;D

      Delete
  2. Selalu cakap dekat kawan menyesal tak buat sungguh sungguh tapi kawan cakap "benda dah lepas nak buat mcm mana, selagi kita belum lalui, selagi tu takkan menyesal" haha. Indah baru nak masuk sem1 this november :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh Indah baru nak masuk sem 1 rupanya. Masuk mana?

      Delete