30 December 2016

Currently Kdramas


Sekali lagi aku meyepikan diri buat seketika hahah sorry busy ada life (sembang cam dia sorang je ada life ceit) Sekarang barulah ada masa sikit sebelum cuti seminggu sempena krismas habeh huhu. Senin depan dah kena balik asrama selasa dah start class :"( Okay we proceed to our story is Currently Kdramasss! Cuti seminggu ni memang kat rumah aku sorang jaa yang conquer tv kecuali pukul 8 sebab mak nak tengok berita. Dari pagi hingga malam memang tv cerita Korea jaa. Sekarang ni tengah hot drama Goblin, Weightlifting Fairy Kim Bok Joo, The Legend of The Blue Sea


Weightlifting Fairy Kim Bok Joo


Drama ni aku paling suka sebab heroin dia cantik sangat! Dalam banyak banyak retis korea aku minat Lee Sung Kyung ni. First dia berlakon dalam drama Doctors and dalam cerita ni dia cam selfish sikit so kesah apa aku yang penting dia lawo. Cerita Bok Joo ni aku suka sebab memula diaorang start kenal dari kecil sampailah jumpa kat universiti.Memula musuh pastu jadi kawan baik sampailah jadi couple. Alahai sapa yang tak suka dripada friendship bertukar status ke relationship. Joon Hyung pun jenis romantik, selalu kasi semangat, tak kesah bok joo kuat makan alahai macam mana sis tak fall in love dengan lelaki cenggini. Plus cerita ni pun aku tengok semangat setiakawan dia tinggi. Pls aku pun nak relationship sebegini. Ada yang sudi? Sila isi borang. Kihkih. 

Goblin


Drama Goblin selalu buat aku gelak memanjang je. Memula aku dah berazam takmau tengok drama lain dah tetapi itulah kita hanya mampu merancang huhu. Sapa je tak kenai Gong Yoo dengan  Lee Dong Wook (dulu aku suka benor dengan dia) Cerita ni pun best pasal Greeper dengan Goblin. Aku taknak cerita panjang cerita ni sebab aku pun baru tengok sampai eps 6 hahaha. Btw recommended tengok cerita ni kalau korang jenis serious memanjang. 

The Legend of The Blue Sea


Tipulah kalau semua tak kenal Lee Min Ho dengan Jun Ji Hyun. Dedua hensem lawo woo. Dah lama tak tengok Min Ho berlakon. Makin hensem siot sekarang. Cerita ni pun not badlah. Shim Chung ni sebenarnya ikan duyung yang dah jatuh hati dengan Jae Joon. Pastu Jae Joon pun jatuh hati jugak dengan duyung tu. Alaaaa suwit angad. Cerita ni agak complicated sikit sebab dia kaitkan diri mereka dalam masa lampau. Total eps cerita ni 20.

2 comments:

  1. ahh tidak ! anis tak tengok lagi smua drama kat atas ni sbb kat kolej takdak wifi

    ReplyDelete