14 April 2017

Movie Review: Fast and Furious 8


Tengahari tadi aku dengan Farhana pi tengok wayang kat Jusco Kinta sebab dah bosan sangat duduk dalam bilik. Wifi kat kamsis memang laju sebab ramai budak dah balik tapi tu lah ada wifi pun still mereputs. Scroll tuiter, instagram, ws semua mati kutu aku. Dah aku update ni bukan nak kongsi kesedihan aku kena tinggal kat poli ni hahah.

Nak tanya siapa yang layan cerita Fast and Furious ni dari first movie sampailah movie kelapan ni? Sayaaaa! Haa dah berapa tahun cerita ni. Tak taulah bila nak habehnya haha. Overall cerita superb gempak. Banyak adegan menarik, klakor (part Roman of course and part Ejen Hobbs) Aku taknak spoilkan mood anyone yang tak tengok lagi ahaha. Kome kena tengok cerita ni kat wayang sebab dia punya sound effect padu beb. Jangan risau pelakon lama adalagi cam Dom Toretto (of courselah dia ada sebab dia main character kahkah), Letty, Ejen Hobbs, Roman, Tej, Ramsey, Elena. Aku taknak sembang panjang lagi kome pi le tengok sendiri cerita ni.

No comments:

Post a Comment