09 May 2017

MSP Taekwondo





It has been two weeks since the game was finished. Dah dua minggu duduk rumah baru ada masa sekarang nak update hahaha sorry. Lepas je habis paper aku pun siap2 kemas beg pi pindah kat kamsis lama. Memula agak scary gak kamsis lama but lelama dah biasa. Seminggu gak aku, Farhana dgn Piqah dok kamsis lama. Makanan semua nasib baik ditanggung. Kamsis lama satu bilik dua orang so kami bertiga duduk sekali sebab yelah sapa je nak tidur sensorang kat bilik sebelah? Malam2 memang sejuk memang selimut sepanjang masa membaluti tubuh. Then pagi petang kami ada training kami ni dah macam budak sekolah sukan. 

Pagi Jumaat pukul 3.30 pagi kami kena berkumpul depan Dewan Sri Kinta sebab bas tunggu kat situ. Tipulah kalau mata tak rabak. Semua orang muka ngantuk mamai semua, Pastu pukul 4 bas gerak pi Nilai. Dalam bas aku ni susah nak tidur huhu itupun dapat tidur 2 jam je, Pastu rehat kat rnr Ulu Bernam pukul 5.30 nak solat subuh, breakfast semua. Aku tak makan langsung sebab kena jaga weigh (actually weight aku dah lebih ke 50kg sepatutnya takleh lepas 49kg sebab kategori fly) Pukul 9 lebih dah sampai Politeknik Nilai. Lepastu kami kena timbang weight and guess what  weight aku dah terlebih dari sepatutnya cis, Aku dengan lagi 3 orang kena lari satu poli nilai sebab nak kena turunkan weight kalau tak disqualified, Yang lain semua lebih beberapa ratus gram je yang aku ni lebih 1kg huwaaa. Yang teman aku jog satu poli tu Anep je yang sanggup ko tau T.T Terharunya aku ya Allah padahal weight dia dah ok je. Serious ah sebak kejap aku. Ko bayangkan pagi tu tak makan minum pastu kena jog Allahu nak pitam aku pagi tu. Pastu dalam bas Far tanya "Siapa ada air manis?" And... seorang senior ni yang kasi air soya kat aku. Aku taknak beritau nama senior tu kang ada yang nyibuk hahaha. Btw thanks again for the soya. Aku tak sempat nak ganti air dia. Then kami rehat kejap petang tu ada last training. Malam tu kami pi Tesco nak cari pisang semua.

Hari yang dinanti telah tiba. Memang nervous tahap takleh bawak bincang. Pagi tu berkumpul semua pastu pi dewan. Tengok mat pun aku dah gabra. Pastu aku ni boleh dikatakan orang terawal start game. First senior Hazziq pastu Anep then aku. Then turn aku. Aku dapat pihak lawan yang memang power red belt orangnya. Time game tu aku cam biasa je sebab dah biasa buat sparring dengan team. But nasib tak menyebelahi aku kalah (korang kena faham ni first time masuk game) Habis game semua memang malam pukul 9 baru habis sekali dengn penyampaian hadiah. PUO mampu dapat pingat emas dan pingat gangsa. Pihak lawan kalini memang bukan calang2 hebatnya. So next MSP aku akan masuk aku nak tebus balik kesalahan aku time MSP yang lepas. I wanna to be a true fighters! 

No comments:

Post a Comment